Morning...korang semua dah breakfast ke??nie tgh hirup milo panas bersama roti planta gula yg di tapau dr rmh.
Dgr radio pagi tadi,celoteh ape tabiat pasangan anda??Tidak kira yang lucu ke,manja ke,ganas ke..ape2 je la..
Paper harian Metro hari ini,seorng suami yg mempunyai tabiat panas baran,melepas kan tembakan terhadap isterinya akibat cemburu.
SIASAT...anggota forensik menemui kelongsong peluru di tempat kejadian.
SEMBUNYI...isteri suspek dan kekasihnya dibawa menaiki kenderaan polis ke tempat kejadian.
KINARUT: Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam.
Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi.
Isteri polis terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan.
Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya.
Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya.
Tindakan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis.
sumber : h.metro
p/s : sikap panas baran nie xde yg membawa kebaikan,sesungguhnya hanya membawa padah.
5 comments:
PERH BAHAYANYA LAtakut betul
Salam kunjungan.. sedih berita ni ye.. singgah la ke blog saya ;)
skrg ni bunuh org mcm bunuh nyamuk je..takotnyer..
betul tu,panas baran takde faedah lg byk keburukkan...
herm.. biasanya kalau org yg panas baran ni.. malas nak layan bila time marah... tapi bila dah reda dalam bergurau tu selitkan sikit apa yang kita tak puas hati.. barulah tak menimbulkan keburukan.. tapi bergantung kepada penerimaan si panas baran tulah...
bila amarah menguasai diri..ini la jadinya aihh~
Post a Comment