Kumpulan Tersingkir!
Pertama kali dalam sejarah, Maharaja Lawak menyingkirkan 3 peserta dalam satu episod. Penyingkiran ini melibatkan 2 peringkat yang berbeza. 2 penyingkiran pertama dilakukan di awal rancangan dan satu lagi penyingkiran dilakukan selepas undian ditutup di akhir rancangan.
Kumpukan XN3 dan WAI menjadi 2 peserta terawal meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak apabila diumumkan sebagai 2 peserta yang mendapat tempat terbawah, manakala kumpulan R2 diumumkan tersingkir selepas undian ditutup.
Minggu ketiga Maharaja Lawak menyaksikan 10 peserta yang tinggal mempersembahkan jenaka bertema Komedi Muzikal. Tema yang mencabar ini dapat dilakukan dengan jayanya oleh sebahagian besar peserta hinggakan penonton di studio ketawa besar melihat persembahan mereka. Persembahan mereka telah diiringi oleh kumpulan muzik yang diketuai oleh Shah Slam.
Berikut adalah kedudukan mengikut undian SMS dan markah juri:
1. Nabil - 56%
2. Jozan - 55%
3. Sepah - 51%
4. Man - 48%
5. Jambu - 45%
6. Alex - 44%
7. Balas - 32%
8. Amir - 32%
9. Jihan - 32%
10. R2 - 25%
Kini tinggal 9 peserta Maharaja Lawak yang masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah. Saksikan Maharaja Lawak, 9 malam, eksklusif di Astro Warna (132).
klau berkenan klik2 la yea..
