"HaRGa DiRi wANiTa"

0 pengomen
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yang berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YANG MENENTUKAN.^_^


Renung2 kan....

Bayi ku semakin membesar...

0 pengomen
slamat pagi!!!!gud moning semua...:mandi:sejuknye mandi pg td..hehehe

pagi yg indah ari nie...dan aku msk keje lwt ari nie disebabkan traffic jamyg berpunca dr satu accident to....hahaha..

pagi nie terbaca satu artikel kat Pa&Ma...pasal baby yg rasenye perlu kite tahu...mayb ade yg memandang remeh benda nie...tp,bg aku ni adalah satu fakta yg perlu kite tahu utk mengetahui perkembangan anak2 kite dr kecil...


Bayi ku semakin membesar

Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya.
Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.

0-3 bulan
*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 hingga 6 bulan
*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

:kiss:






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails