Daftar Percuma Buat Survei Dapat Mata Ganjaran Tebus kepada Wang

6 pengomen
 Sape yg tak berminat dgn duit kan..dlm zaman skrng ape pon semua duit...tp,bkn semua blh dibeli dgn duit..btl x??btl x??
sape yg penah dgr pasal Ipanelonline nie??sape yg rajin membaca meh rejister Kat CINI


Bagaimana nak sertai :

1) Klik LINK INI

2) Daftar percuma, dapat emel, terima emel pengesahan, login dan terus dapat 50 points

3) Selepas masuk ke dalam akaun anda, anda akan dapat mencari kaji selidik melalui


a. Halaman utama-Survei Ahli (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)



b. Halaman Utama-Halaman saya-Survei saya (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)

Selain itu, selepas kami upload kaji selidik yang baru, kami akan menghantar emel jemputan penyertaan survey kepada ahli yang layak menyertai survey tersebut.

Demi memastikan anda mendapat maklumat terbaru, sila sentiasa log masuk ke akaun anda

4) Points yang terkumpul boleh ditukarkan kepada hadiah / wang ringgit. (kat situ tertera gambar RM)

5) Wang ringgit ini akan dibayar melalui akaun PAYPAL sahaja. Jadi buatlah akaun paypal, Mudah je kalau dah aktifkan Kad Debit Visa Maybankard. (blog jardness.)

Daftar la dulu, dan korang leh tgk cara-cara lain lagi untuk mendapatkan lebih points.




 credit to asha

klau berkenan klik2 la yea..

Benjy masuk ICU

8 pengomen
 Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara sejak Rabu lalu kerana menghidap asma.
Menurut ibunya, seniwati Azean Irdawaty, setakat ini, keadaan Benjy masih lagi sama seperti hari pertama dimasukkan ke unit rawatan tersebut dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator).
"Buat masa ini dari segi tekanan darah dan degupan jantung Benjy berada dalam keadaan stabil.
"Cuma paru-parunya masih lagi tidak boleh bekerja dengan sendiri dan terpaksa menggunakan ventilator sehingga minggu depan.
"Sebab itu doktor memberi suntikan Anestetik untuk tidurkannya agar dia dapat bernafas tanpa menggunakan paru-paru dan sebaliknya menggunakan alat bantuan pernafasan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
 
Kata Azean lagi, dia berdoa agar anaknya itu cepat sembuh dantidak mahu ambil tahu mengenai kesihatannya.
"Saya tak mahu tahu tentang kesihatan saya dan tak ambil kisah pun. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menguruskan kesihatan saya ini.
"Cuma apa yang penting sekarang ini, saya mahu benjy cepat sembuh dan kembali bergembira bersama keluarga seperti sebelum ini.
"Saya teringat lagi ketika Benjy tercungap-cungap kerana sukar bernafas, rasa seperti biarlah nyawa saya diberikan kepadanya dan saya sanggup pergi dahulu," ujarnya.
Tambah Azean, Benjy pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana masalah penyakit yang sama.
Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.
Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.
Pelakon yang kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.
Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


sumber dr mstar


p/s : yg aku kesian mak die...dlm keadaan sakit pon ttp mmpertahankan anak die jgk..kasih seorng ibu mmg xternilai kan..


klau berkenan klik2 la yea..

Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana

6 pengomen







Pelakon yang popular ngan gelaran Ustaz Amirul(Ashraf Muslim) telah mngikat tali pertunangan Noor Dayana Lokman pada Sabtu 9.45pg.Aktor popular itu enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama dan ingin menikahi Dayana pada Syawal yang bakal menjelma.Lebih manis lagi, jelas Ashraf Muslim, Mekah menjadi destinasi pernikahannya kelak memandangkan itu merupakan impian yang telah lama dipendamnya.
"Kami berhasrat akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal depan di Mekah. Memang saya berniat mahu bernikah di sana.
"Setelah berbincang dengan kedua-dua belah pihak alhamdulillh semua bersetuju dan lagi pun mengikut sunnah nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya bersama Dayana yang diadakan di kediaman perempuan yang juga merupakan lokasi klinik perubatan Ashraff iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak pagi tadi.
Mula mengenali Dayana yang juga merupakan anak rakan kongsi perniagaannya , Lokman Abdul Hamid, sejak lebih setahun yang lalu, kata aktor berusia 30 tahun, sifat kesederhanaan dan kebaikan yang ada pada wanita berusia 24 tahun itu cukup memikat hatinya.
"Pada awalnya, saya hanya merupakan pesakit dan pernah berubat dengan ayah Dayana. Kemudianya hubungan kami semakin rapat seperti abang dan adik. Setelah itu saya menjadi rakan kongsinya di Pusat Rawatan Islam Al- Hidayah ini.
"Saya dengar nama Dayana dah lama tapi tak pernah berjumpa. Saya mula kenal dia sejak tahun lalu selepas dia pulang dari belajar di India dan mula rapat selepas kami sama-sama saling bekerjasama membantu ayah Dayana.
"Dia mempunyai ilmu dalam perubatan moden dan saya menerusi rawatan tradisional jadi kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan saling mengajar antara satu sama lain," jelasnya yang akan berehat daripada dunia lakonan seketika bagi memberi tumpuan terhadap pusat rawatannya itu dan hanya akan kembali berlakon pada tahun hadapan.
Menyambung perbualan, jelas anak sulung daripada lapan beradik itu lagi majlis resepsi akan dilakukan di Shah Alam dan Melaka namun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.
Dalam majlis pertunangan tadi, pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul ini diwakili oleh ibu saudaranya, Fatimah Azil yang telah menyarungkan cincin ke jari manis Dayana.
Pasangan lelaki membawa lima dulang hantaran meliputi cincin, sirih junjung dan cokelat bertukar dulang bersama pihak perempuan yang membalasnya dengan tujuh dulang. Antaranya ialah cincin, sepersalinan baju Melayu dan kek.
Sementara itu, jelas Dayana pula, sifat bertanggungjawab, dan romantis yang ada pada Ashraf membuatkannya terpesona.
"Dia seorang yang bertanggungjawab, ambil berat dan romantis itu antara sikapnya yang membuatkan saya suka pada dia. Selain itu saya lihat dia sekarang lebih matang dan berubah daripada sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan dan ianya amat menyenangkan saya," jelasnya yang kini sedang menjalani latihan amali di Kolej Perubatan Manipal Melaka.
Majlis pertunangan Ashraf Muslim itu tadi juga turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi Sabtu. Pada sebelah petangnya, turut diadakan majlis perasmian pusat perubatannya yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.
klau berkenan klik2 la yea..




Jom Layan mommy!!!

18 pengomen
Slalu mommy layan anak..kali nie,anak layan mommy plak..
Si anak pon layan kan je la...nnt mommy sentap plak..hahaha

 1st ikut mommy wat cam ni
 muncung n smile skit...gud gud boy
 
muncung n kembung skit....
bkn jebir bibir amie...keke..bleh la
 tgk2 camera..jgn tarik shawl mommy
 ditinggalkan akhirnye...
malas nak layan mommy ar..kahkahkah!!



p/s : x sabar nak tunggu nana besar...leh nana layan mommy plak kan..nak tgk anak pompuan plak posing2..



klau berkenan klik2 la yea..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails