Gasoline i-City

19 pengomen
Al-kisah semalam...
semalam kan birthday mommy oppss!!dah msk 28 nie,aku stat kat blog ngan mommy la..manis skit bl anak2 bace nnt.
Ok balik pd cite ,semalam kan birthday mommy,so ktorng 1 family+tipah kuar la mkn2..ala2 kadar je..
thn nie xde kek la..
So,ktorng decide p I-city Shah Alam..p pon dah lewat,nasib baik I-city ttp lmbt..
coz ptg tu blik keje hujan.abah plak keletihan coz satu hari pagi smpai ptg berjemur kat padang bwk budak memanah.So lps maghrib mmg ktorng dah terbongkang kepenatan,hari plak hujan lebat..
Sedar2 dah pukul 9pm.Abah tanye nak kuar x??hujan pon dah teduh.Mommy ok je,so siap2 trs kuar...tmpt yg dituju i-City la..
Smpai i-City dah kul 9.45pm..tgk lengang je..xrmai orng pon mlm td,parking pon murah,RM5..slalu klau p weekend RM10..
lame dah xp i-City nie,bnyk dah pembaharuan..mcm2 ade..ade rumah salji,pameran reptilia(tp,msk tu semua kena tiket yea)
Disebabkan dah lapo,trs ke gasoline(mmg aim nak mkn western food).

 nana gegirl mommy
 4 air kami..orange juz no ais tu amie punye..
die skrng dah nak air sndr..semua air amik yg small je..takot xhbs
 si tipah p mn2 pon nak nasi goreng jgk.
 mommy amik chicken chop black pepper set+mushroom sup+air
sedap black pepper sos die(abaikan tgn abh yg pau fries mommy)
 yg pntng licin...hahaha

Amie order fries.Abah order black pepper seafood,x sempat nak snap..orng dah lapo..trs ngap je la..hehe
suke minum air2 kat gasoline nie..ade pelbagai choices...dah brape kali penah p gasoline ni,tp minum je..xpenah try food die..nie br 1st time try.Air tu ktorng order yg small je..klau order yg besar mmg besar air die,takot xhbs plak.Tu pon air tapau minum smbil jln2 kat i-City.



p/s : walaupon sambutan ala kadar,tp ttp happy asalkan bersame orng2 yg tersayang..



klau berkenan klik2 la yea..

GUESS???WHAT??

19 pengomen
 Ape tu??jeng2...
Dah dpt adiah besday dr hubby mlm smlm..
Bling2 mata ms hubby bg mlm td..

ape isinye??
nnt tnjk k..
biase2 je..
ape pon syg abg sgt2...
nak blik dl..cow..




klau berkenan klik2 la yea..

I am 28 and HOT!!!

52 pengomen
 

Morning semua..!!!
today 27 April 2011..
today i'm 28!!!!dah 28 ko yea siha...
Happy Birthday to me!!!
Happy Birthday to me!!!
Happy Birthday to me!!!
Happy Birthday to me!!!


Bersyukur kerana masih di beri kesempatan di atas muke bumi ini utk bernafas...syukur pada yang esa kerana mengurniakan seorang Raja yang bertakhta di hati,putera dan puteri yang sentiasa mengembirakan hidup ini...
Kau begitu sempurana
Dimataku kau begitu indah
Semoga ikatan kita akan sentiasa disinari cahaya keindahan agar dapat kita melayari bahtera kehidupan ini bersama...(jiwang plak aku pg2 nie..)
to anak2 mommy...mommy syg kalian berdua..
Mommy berdoa agar dipanjangkan umur agar diberi kesempatan utk memeluk kalian di setiap pagi
Diberi kesihatan yang baik agar dpt membimbing kalian ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat
Diberi rezeki yang diberkati agar dapat memberi ape yang terbaik utk kalian.


 
i am 28 and HOT!!!!



So..ape lg..ajak la abah blanje mommy...hehehehehehe



klau berkenan klik2 la yea..

Adik terpaksa rela

21 pengomen
 Btl ke aku panggil nie enjut2..hahaha..bahasa saintifk baby roncer kan..btl ke??btl ke??
ye la kot..lupe la name saintifik die...kekekeke
nie mase si tipah nak letak kan dik nana ats tu..tetiba plak dtg si amie nie..trs tido atas tu ngan rase xberslahnye smbil tgk tv...bkn main lg syok die ddk atas tu..
aku xtau la brape lame blh tahan benda tu klau amie yg ddk..mase kecik xpuas ddk ke nak oi..
 nmpk x muke x bersalah die..nana terpaksa la beralah ngan si abg..
tunggu la bsr skit nnt..
 senyum sengeh lg die..geram je adik tgk si abg die nie
bleh goyang2 la mommy..



p/s : benda alah nie aku bl mase amie kecik dl...ms tu cikgu nursery die yg request..tp,bl nak stop nursery,ktorng mntk blik blh die xtau mn satu dah amie punye...ntah sape2 punye la die bg kat aku...bleh die kt tu je yg ade..dgn kain yg dah koyak..dah buruk..mmg pans je aku..dah la mase bagi tu..lps beli trs anta nursery..xkan la br gn brape bulan dah jd teruk cam tu...malas nak pikir bnyk2..amik je la..
nasib baik la aku leh redeem point kat care baby ari tu...hasil aku beli Madela...dpt la aku redeem dan ganti sarung pink tu..
p/s : ktorng bl color biru,dpt blik color pink...ms tu anak aku boy..xkan la aku nak beli color pink plak...xpe la..benda dah lepas..malas nak bising2..


klau berkenan klik2 la yea..

Rozita Che Wan bercinta dengan Shahir AF8

10 pengomen
PANJANG berjela dan berpintal-pintal jika hendak diurai satu-persatu. Begitulah tafsiran kepada corak-corak sensasi yang mewarnai pelangi diri Rozita Che Wan.
Di sebalik delima yang merekah di bibir dan lirik ekor matanya, pasti banyak alasan yang melintas ke fikirannya.
Mungkin itulah yang dikatakan pesona. Bercampur pula pesona itu dengan banyak cerita kontroversi, termometer wanita ‘solo’ beranak dua itu memuncak lagi.
Kali ini, bukan isu bersara, mahupun kahwin atau skandal dengan orang kenamaan tetapi kisah hatinya bersama jejaka muda, Shahir AF8 yang galak diperkatakan.
Puas mengelak dan cuba menafikan, Rozita dan Shahir tidak boleh lari daripada hakikat. Realitinya, mereka memang ada hubungan cinta.
Segalanya dengan kemunculan Rozita sebagai artis jemputan untuk program Akademi Fantasia (AF).
“Walaupun dia sudah keluar daripada AF, hubungan baik kami sehingga sekarang,” canda Rozita sambil mengakui bahawa Shahir kini ada tempat sebagai teman yang akrab. Lebih tepat lagi, lelaki yang paling dekat di hatinya.
Mereka saling kenal hati dan budi tetapi untuk mengakui bercinta, hakikat itu sangat peribadi untuk dikongsi.
“Antara saya dan Shahir, kami ada komunikasi yang baik. Biasanya perbualan kami banyak berkisar tentang perkembangan diri dan dunia seni.
“Mungkin ada pihak yang boleh menerima secara terbuka dan mungkin juga ada yang tidak gemar dengan hubungan baik kami,” ungkapnya yang tidak kekok dengan jurang usia berbelas tahun antara mereka.
Percuma sahaja, ibu kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 13, ini juga mendapat satu lagi jolokan. Sesuatu yang keras dan sedikit kejam untuk diterima apabila ada yang melabel Shahir, sebagai lelaki belaan Rozita Che Wan.
“Sumpah saya tidak pernah berfikiran atau menjaja cerita sebegitu, kalau ada yang bertanya dalam nada bergurau, saya mungkin berseloroh dan ketawa sahaja,” ungkap Rozita lagi.
Tidak mampu menutup cerita tetapi daripada membiarkan orang berkata-kata, Rozita berkongsi rasa, siapa Shahir dari kaca matanya.
“Shahir seorang yang sangat merendah diri, dia juga berasal dari kampung seperti saya, gemarkan makanan kampung macam saya.
“Jadi, mentaliti kami hampir sama. Walaupun usianya muda, kami boleh bertukar pendapat atas aras yang sama,” ujarnya dalam lenggok yang mahu difahami.
GILA RAMBUT
Dalam bab solekan, bulu mata palsu itu wajib. Dalam sebulan juga, jarang benar wajahnya dibiarkan polos tanpa solekan kecuali hari bertapa di rumah tanpa penggambaran.
“Bila saya gemarkan bulu mata, pembayang mata tak perlu sangat. Untuk keluar bersantai-santai pun saya tetap bersolek rapi. Saya paling cerewet bab rambut. Kena berdandan betul-betul paling kurang sejam untuk rambut, sejam untuk solekan.
“Tapi saya bukan jenis yang gemar ke salun rambut,” katanya yang cuba memastikan gaya rambutnya berbeza setiap kali muncul di kaca televisyen.







SAYANGKAN PETUA
Tidak lama berbual, bibirnya meletus menegur minuman yang sedang laju terjun ke kerongkong penulis.
“Eh, tak elok minum air kelapa nanti urat-urat jadi kembang. Untuk orang perempuan, air kelapa elok diminum hanya ketika hamil,” dia mengomel tentang petua.
Cantik luaran, penjagaan dalaman si pinggang ramping itu penulis tanyakan.
Selain tidak minum air kelapa sejak berbelas tahun, banyak petua lain yang menjadi amalan Rozita.
“Orang selalu kata saya pakai susuk bila saya tak suka makan sate, macam itu juga bila saya tak langkah longkang. Sebenarnya, longkang itu ada benda-benda kotor, jadi tak elok dilangkah takut benda-benda tak baik sampai kepada kita.
“Tapi, pantang lepas bersalin paling penting. Saya berpantang bab makan minum selama setahun. Setahun juga tak boleh kena hujan, tak makan makanan berkacang. Nak mandi pun ada pantang,” katanya yang mengalami sakit kepala jika menjamah nasi dalam sehari.
FAMILI NOMBOR SATU
Menjadi ibu tunggal kepada dua anak remaja, ada masanya Rozita serba-salah dengan jadual penggambaran yang tidak mengira waktu.
“Tambahan pula bila mereka sudah tidak lagi tinggal di asrama, saya serba-salah bila kena kerja hari Sabtu atau Ahad, nasib baik emak saya tinggal bersama, boleh tengok-tengokkan mereka. Saya cuba untuk tidak berlakon sampai lewat pagi atau hujung minggu. Bukan diva tetapi saya juga mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu,” ujarnya yang berbicara hanya hal anak-anak bersama bekas suaminya.
Ujar Rozita mengaku dalam polos dirinya, dia selalunya tidak akan berkawan atau berbaik dengan lelaki yang yang pernah menjalin hubungan dengan dirinya. “Alergilah bekas-bekas ni,” ketawanya tidak mengelak.
KARIER MEMUNCAK
Baru disunting sebagai jurucakap Safi Rania Gold untuk kontrak dua tahun, perjalanan lakonan pelakon yang popular dengan watak Kiah Pekasam ini boleh dikatakan sedang memuncak. Lima tahun dalam arena seni, Rozita yang dikatakan mahu bersara ini pernah disensasikan sebagai dramatis yang mahal bayarannya.
Sedang muncul dengan Iparku Diva di Astro, Mata Ayer (TV3) serta Cikgu Kemisah Kirby (RTM), jadual drama Diari Summer Camp sedang menanti Rozita untuk penggambaran awal Mei.
“Berlakon adalah periuk nasi saya. Saya bersyukur dengan tawaran yang ada. Lucu juga bila selalu dapat watak emak-emak tapi respons paling baik untuk karakter tersebut sewaktu saya berlakon Diari Ramadan Rafiq,” ujarnya yang tidak menolak akan berhenti berlakon jika sampai jodoh satu hari kelak.


p/s : btl ke diorng nie bercinta??aku tau pon bile baca kat metro ahad smlm...



klau berkenan klik2 la yea..

Jawatan Kosong Tentera Darat Malaysia

6 pengomen
Kepada sesiapa yang berminat nak jadi abg askar or kakak askar leh la dtg temuduga kat tarikh dan lokasi yang berdekatan dengan anda....
Boleh war2 kan kepada saudara2 mara yang berminat
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18-24thn..

Keterangan lanjut leh tengok kat SINI
dan syarat-syarat yang lebih lanjut di SINI




Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi
Markas Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Kementerian Pertahanan
d/a Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
(UP: Sel Pengambilan Perajurit Muda TD)
Tel: 03-21753000 Sambungan 3175 atau 3178
Atau Layari Laman Web Tentera Darat di:
http://army.mod.gov.my



 p/s : pergilah berjuang utk mempertahankan negara...si baju hijau...hehe





klau berkenan klik2 la yea..

Daftar Percuma Buat Survei Dapat Mata Ganjaran Tebus kepada Wang

6 pengomen
 Sape yg tak berminat dgn duit kan..dlm zaman skrng ape pon semua duit...tp,bkn semua blh dibeli dgn duit..btl x??btl x??
sape yg penah dgr pasal Ipanelonline nie??sape yg rajin membaca meh rejister Kat CINI


Bagaimana nak sertai :

1) Klik LINK INI

2) Daftar percuma, dapat emel, terima emel pengesahan, login dan terus dapat 50 points

3) Selepas masuk ke dalam akaun anda, anda akan dapat mencari kaji selidik melalui


a. Halaman utama-Survei Ahli (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)



b. Halaman Utama-Halaman saya-Survei saya (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)

Selain itu, selepas kami upload kaji selidik yang baru, kami akan menghantar emel jemputan penyertaan survey kepada ahli yang layak menyertai survey tersebut.

Demi memastikan anda mendapat maklumat terbaru, sila sentiasa log masuk ke akaun anda

4) Points yang terkumpul boleh ditukarkan kepada hadiah / wang ringgit. (kat situ tertera gambar RM)

5) Wang ringgit ini akan dibayar melalui akaun PAYPAL sahaja. Jadi buatlah akaun paypal, Mudah je kalau dah aktifkan Kad Debit Visa Maybankard. (blog jardness.)

Daftar la dulu, dan korang leh tgk cara-cara lain lagi untuk mendapatkan lebih points.




 credit to asha

klau berkenan klik2 la yea..

Benjy masuk ICU

8 pengomen
 Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara sejak Rabu lalu kerana menghidap asma.
Menurut ibunya, seniwati Azean Irdawaty, setakat ini, keadaan Benjy masih lagi sama seperti hari pertama dimasukkan ke unit rawatan tersebut dan masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator).
"Buat masa ini dari segi tekanan darah dan degupan jantung Benjy berada dalam keadaan stabil.
"Cuma paru-parunya masih lagi tidak boleh bekerja dengan sendiri dan terpaksa menggunakan ventilator sehingga minggu depan.
"Sebab itu doktor memberi suntikan Anestetik untuk tidurkannya agar dia dapat bernafas tanpa menggunakan paru-paru dan sebaliknya menggunakan alat bantuan pernafasan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
 
Kata Azean lagi, dia berdoa agar anaknya itu cepat sembuh dantidak mahu ambil tahu mengenai kesihatannya.
"Saya tak mahu tahu tentang kesihatan saya dan tak ambil kisah pun. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menguruskan kesihatan saya ini.
"Cuma apa yang penting sekarang ini, saya mahu benjy cepat sembuh dan kembali bergembira bersama keluarga seperti sebelum ini.
"Saya teringat lagi ketika Benjy tercungap-cungap kerana sukar bernafas, rasa seperti biarlah nyawa saya diberikan kepadanya dan saya sanggup pergi dahulu," ujarnya.
Tambah Azean, Benjy pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana masalah penyakit yang sama.
Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.
Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis.
Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan.
Pelakon yang kerap batuk semasa menghadiri perbicaraan pada Selasa, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.14 gram di rumah beralamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Kepong Baru di sini pada pukul 3 petang, 11 Mac 2010.
Dia juga didakwa memiliki 0.24 gram dadah sama pada pukul 4 petang, hari yang sama di rumah nombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Off Jalan Segambut, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


sumber dr mstar


p/s : yg aku kesian mak die...dlm keadaan sakit pon ttp mmpertahankan anak die jgk..kasih seorng ibu mmg xternilai kan..


klau berkenan klik2 la yea..

Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana

6 pengomen







Pelakon yang popular ngan gelaran Ustaz Amirul(Ashraf Muslim) telah mngikat tali pertunangan Noor Dayana Lokman pada Sabtu 9.45pg.Aktor popular itu enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama dan ingin menikahi Dayana pada Syawal yang bakal menjelma.Lebih manis lagi, jelas Ashraf Muslim, Mekah menjadi destinasi pernikahannya kelak memandangkan itu merupakan impian yang telah lama dipendamnya.
"Kami berhasrat akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal depan di Mekah. Memang saya berniat mahu bernikah di sana.
"Setelah berbincang dengan kedua-dua belah pihak alhamdulillh semua bersetuju dan lagi pun mengikut sunnah nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya bersama Dayana yang diadakan di kediaman perempuan yang juga merupakan lokasi klinik perubatan Ashraff iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak pagi tadi.
Mula mengenali Dayana yang juga merupakan anak rakan kongsi perniagaannya , Lokman Abdul Hamid, sejak lebih setahun yang lalu, kata aktor berusia 30 tahun, sifat kesederhanaan dan kebaikan yang ada pada wanita berusia 24 tahun itu cukup memikat hatinya.
"Pada awalnya, saya hanya merupakan pesakit dan pernah berubat dengan ayah Dayana. Kemudianya hubungan kami semakin rapat seperti abang dan adik. Setelah itu saya menjadi rakan kongsinya di Pusat Rawatan Islam Al- Hidayah ini.
"Saya dengar nama Dayana dah lama tapi tak pernah berjumpa. Saya mula kenal dia sejak tahun lalu selepas dia pulang dari belajar di India dan mula rapat selepas kami sama-sama saling bekerjasama membantu ayah Dayana.
"Dia mempunyai ilmu dalam perubatan moden dan saya menerusi rawatan tradisional jadi kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan saling mengajar antara satu sama lain," jelasnya yang akan berehat daripada dunia lakonan seketika bagi memberi tumpuan terhadap pusat rawatannya itu dan hanya akan kembali berlakon pada tahun hadapan.
Menyambung perbualan, jelas anak sulung daripada lapan beradik itu lagi majlis resepsi akan dilakukan di Shah Alam dan Melaka namun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.
Dalam majlis pertunangan tadi, pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul ini diwakili oleh ibu saudaranya, Fatimah Azil yang telah menyarungkan cincin ke jari manis Dayana.
Pasangan lelaki membawa lima dulang hantaran meliputi cincin, sirih junjung dan cokelat bertukar dulang bersama pihak perempuan yang membalasnya dengan tujuh dulang. Antaranya ialah cincin, sepersalinan baju Melayu dan kek.
Sementara itu, jelas Dayana pula, sifat bertanggungjawab, dan romantis yang ada pada Ashraf membuatkannya terpesona.
"Dia seorang yang bertanggungjawab, ambil berat dan romantis itu antara sikapnya yang membuatkan saya suka pada dia. Selain itu saya lihat dia sekarang lebih matang dan berubah daripada sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan dan ianya amat menyenangkan saya," jelasnya yang kini sedang menjalani latihan amali di Kolej Perubatan Manipal Melaka.
Majlis pertunangan Ashraf Muslim itu tadi juga turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi Sabtu. Pada sebelah petangnya, turut diadakan majlis perasmian pusat perubatannya yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.
klau berkenan klik2 la yea..




Jom Layan mommy!!!

18 pengomen
Slalu mommy layan anak..kali nie,anak layan mommy plak..
Si anak pon layan kan je la...nnt mommy sentap plak..hahaha

 1st ikut mommy wat cam ni
 muncung n smile skit...gud gud boy
 
muncung n kembung skit....
bkn jebir bibir amie...keke..bleh la
 tgk2 camera..jgn tarik shawl mommy
 ditinggalkan akhirnye...
malas nak layan mommy ar..kahkahkah!!



p/s : x sabar nak tunggu nana besar...leh nana layan mommy plak kan..nak tgk anak pompuan plak posing2..



klau berkenan klik2 la yea..




Look Out Point Part 2

16 pengomen
Salam Jumaat....pg nie sbuk skit..aku wat kj pon smbil bw..hehehe..bleh??
juz n3 bergambar sajok..layan je la..


 seronok bapak n anak nie..
 my family
 tgk reben dik nana..sian aku tgk..kekeke
 reben tu kembang coz kena tarik ngan abg amie
 hahaha..cian aku tgk anak aku nie...terpaksa layan mak die yg terlebih..hehehe
 tgk la camera dik nana..
abaikan muke aku yg berminyak tu..br blik dr sungai congkak..


 p/s : cerita dr sungai congkak xdpt nak n3..coz mase tangkap gambar aku xmskkan memory card..dah tu aku xtau mn aku letak kabel camera aku...klau ade memory card,leh msk kat card reader je...


klau berkenan klik2 la yea..

Penyingkiran pertama Maharajalawak

14 pengomen


Kumpulan Tersingkir!

Pertama kali dalam sejarah, Maharaja Lawak menyingkirkan 3 peserta dalam satu episod. Penyingkiran ini melibatkan 2 peringkat yang berbeza. 2 penyingkiran pertama dilakukan di awal rancangan dan satu lagi penyingkiran dilakukan selepas undian ditutup di akhir rancangan.

Kumpukan XN3 dan WAI menjadi 2 peserta terawal meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak apabila diumumkan sebagai 2 peserta yang mendapat tempat terbawah, manakala kumpulan R2 diumumkan tersingkir selepas undian ditutup.

Minggu ketiga Maharaja Lawak menyaksikan 10 peserta yang tinggal mempersembahkan jenaka bertema Komedi Muzikal. Tema yang mencabar ini dapat dilakukan dengan jayanya oleh sebahagian besar peserta hinggakan penonton di studio ketawa besar melihat persembahan mereka. Persembahan mereka telah diiringi oleh kumpulan muzik yang diketuai oleh Shah Slam.

Berikut adalah kedudukan mengikut undian SMS dan markah juri:
1. Nabil - 56%
2. Jozan - 55%
3. Sepah - 51%
4. Man - 48%
5. Jambu - 45%
6. Alex - 44%
7. Balas - 32%
8. Amir - 32%
9. Jihan - 32%
10. R2 - 25%

Kini tinggal 9 peserta Maharaja Lawak yang masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah. Saksikan Maharaja Lawak, 9 malam, eksklusif di Astro Warna (132).




klau berkenan klik2 la yea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails