Selepas selamat diijabkabulkan pada 29 April lalu, pelakon Zed Zaidi serta pasangan, Nelly Natalia telah diraikan dengan penuh meriah dalam satu majlis resepsi istimewa pada malam Sabtu lalu.
Sesuai dengan gelaran Raja Sehari, pasangan ini telah dikawal ketat oleh 20 orang pengawal peribadi pada majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut kurang disenangi oleh beberapa media dan jurugambar yang datang membuat liputan kerana menyukarkan kerja mereka untuk mengambil gambar.
“Pengawal peribadi seramai 20 orang yang ditugaskan untuk majlis nikah dan resepsi ini merupakan tajaan dari Epanco. Mereka ditugaskan untuk mengawal keadaan agar majlis kami berjalan dengan lancar. Biasalah ada kelemahan sedikit namun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu,” jelas Zed ketika ditemui sejurus selesai majlis.
Bertemakan moden klasik, Zed kelihatan segak memakai sut kelabu manakala Nelly cantik dan anggun mengenakan gaun labuh bewarna kelabu rekaan, Anizam Yusoff. Majlis yang berlangsung jam 9.00malam ini dimulakan dengan perarakan masuk pasangan mempelai sambil diiringi paluan kompang dan kumpulan Beg Pipe St John ke pelamin.
Majlis diteruskan dengan selawat serta bacaan doa, diikuti upacara merenjis air mawar oleh tetamu VVIP dan ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Pasangan ini kemudiannya dibawa ke meja santapan untuk menjamu selera. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Zehra Zamri serta Adib dan Zizi dari Fabulous Cat.
Pasangan suami isteri yang berkenalan menerusi laman sosial, Facebook ini sekali lagi ke pelamin bagi acara memotong kek setinggi tujuh tingkat. Apa yang menariknya, majlis resepsi ini turut diadakan bagi meraikan ulangtahun kelahiran Nelly ke-28 yang jatuh pada 8 Mei 2011. Zed ketika ditemubual media selepas majlis sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada isteri tercinta, Nelly sambil mengucup pipinya.
“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya. Saya gembira jodoh saya ditulis dengan awak. InsyaAllah, saya akan jaga awak sampai mati. Selamat hari jadi dan semoga menjadi isteri yang solehah. Saya harap awak akan jaga saya dengan baik. I Love You.”
Apabila ditanya apakah hadiah hari jadi yang diberikan Zed kepada isterinya, pelakon drama ‘Sembilu Kasih’ ini ringkas memberitahu, “Saya bagi cincin lagi.” Menurut anak kedua dari empat beradik ini, sehingga kini dia masih tidak percaya sudah bergelar suami dan mempunyai isteri.
“Saya tak percaya saya dah kahwin. Dulu kalau balik rumah, asyik muka Pembantu Peribadi (PA) saya saja, tapi kali ini balik rumah ada perempuan pula. Bagi saya, ini semua kuasa Tuhan, lagipun memang niat saya nak kahwin umur 30 tahun.”
Menyentuh soal anak, pasangan ini memberitahu ingin menimang cahayamata secepat mungkin namun walau bagaimanapun mereka menyerahkan segalanya kepada rezeki Tuhan. Mengenai bulan madu, pasangan ini merancang untuk ke Dublin, Ireland.
“Kami merancang untuk berbulan madu di Ireland kerana adik saya ada di sana. Lagipun dia tak dapat datang ke majlis saya. Soal tarikh, saya belum tetapkan lagi kerana saya ini jenis yang suka main redah saja. Saya tak suka merancang kerana takut nanti tak jadi.”
Majlis yang dihadiri kira-kira 800 orang jemputan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Liyana Jasmay, Kamal Adli, Intan Ladyana, Hans Isaac, Ahmad Idham, Misha Omar, Julia Ziegler dan ramai lagi. Tahniah diucapkan kepada Zed dan Nelly!
p/s:ingtkan dl die kawen ngan anak Mustafa Kamal...hahaahha..nama bapak je same..kahkahakah
3 comments:
TAHNIAH .. semoga diorg bahagia ke akhir bayat
mak aii bodyguard smp 20 org , naik semak pelamin
haah btul la.. sume igt cam tu, tapi rupanya anak org kaya eh? hehe
mak haiiiii.... perlu ke eh?
Post a Comment