Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana








Pelakon yang popular ngan gelaran Ustaz Amirul(Ashraf Muslim) telah mngikat tali pertunangan Noor Dayana Lokman pada Sabtu 9.45pg.Aktor popular itu enggan menyimpul tali pertunangan terlalu lama dan ingin menikahi Dayana pada Syawal yang bakal menjelma.Lebih manis lagi, jelas Ashraf Muslim, Mekah menjadi destinasi pernikahannya kelak memandangkan itu merupakan impian yang telah lama dipendamnya.
"Kami berhasrat akan melangsungkan pernikahan pada 1 Syawal depan di Mekah. Memang saya berniat mahu bernikah di sana.
"Setelah berbincang dengan kedua-dua belah pihak alhamdulillh semua bersetuju dan lagi pun mengikut sunnah nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya bersama Dayana yang diadakan di kediaman perempuan yang juga merupakan lokasi klinik perubatan Ashraff iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Gombak pagi tadi.
Mula mengenali Dayana yang juga merupakan anak rakan kongsi perniagaannya , Lokman Abdul Hamid, sejak lebih setahun yang lalu, kata aktor berusia 30 tahun, sifat kesederhanaan dan kebaikan yang ada pada wanita berusia 24 tahun itu cukup memikat hatinya.
"Pada awalnya, saya hanya merupakan pesakit dan pernah berubat dengan ayah Dayana. Kemudianya hubungan kami semakin rapat seperti abang dan adik. Setelah itu saya menjadi rakan kongsinya di Pusat Rawatan Islam Al- Hidayah ini.
"Saya dengar nama Dayana dah lama tapi tak pernah berjumpa. Saya mula kenal dia sejak tahun lalu selepas dia pulang dari belajar di India dan mula rapat selepas kami sama-sama saling bekerjasama membantu ayah Dayana.
"Dia mempunyai ilmu dalam perubatan moden dan saya menerusi rawatan tradisional jadi kita boleh bertukar-tukar pandangan dan pendapat dan saling mengajar antara satu sama lain," jelasnya yang akan berehat daripada dunia lakonan seketika bagi memberi tumpuan terhadap pusat rawatannya itu dan hanya akan kembali berlakon pada tahun hadapan.
Menyambung perbualan, jelas anak sulung daripada lapan beradik itu lagi majlis resepsi akan dilakukan di Shah Alam dan Melaka namun tarikhnya masih belum ditentukan lagi.
Dalam majlis pertunangan tadi, pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul ini diwakili oleh ibu saudaranya, Fatimah Azil yang telah menyarungkan cincin ke jari manis Dayana.
Pasangan lelaki membawa lima dulang hantaran meliputi cincin, sirih junjung dan cokelat bertukar dulang bersama pihak perempuan yang membalasnya dengan tujuh dulang. Antaranya ialah cincin, sepersalinan baju Melayu dan kek.
Sementara itu, jelas Dayana pula, sifat bertanggungjawab, dan romantis yang ada pada Ashraf membuatkannya terpesona.
"Dia seorang yang bertanggungjawab, ambil berat dan romantis itu antara sikapnya yang membuatkan saya suka pada dia. Selain itu saya lihat dia sekarang lebih matang dan berubah daripada sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan dan ianya amat menyenangkan saya," jelasnya yang kini sedang menjalani latihan amali di Kolej Perubatan Manipal Melaka.
Majlis pertunangan Ashraf Muslim itu tadi juga turut disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada jam 9.45 pagi Sabtu. Pada sebelah petangnya, turut diadakan majlis perasmian pusat perubatannya yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin.
klau berkenan klik2 la yea..




6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

dah boleh nikah terus dh nie..siap pelamin bagai....

♥ Che NamNam ♥ said...

kemaen hepy lagik muker ustaz amirul nie hahh...moga berkekalan hendaknyer..

lizz said...

tahniah ashraff...memilih gadis biasa yang kaya budi pekerti dan tinggi ilmunya...

♥MiZz-siHa♥ said...

mrs eady : pelamin pon mcm nak kawen dah...ape pon..suke die..hehe

♥MiZz-siHa♥ said...

che nam : ye la..senyum smpai ke telinga..hehe

♥MiZz-siHa♥ said...

lizz : bkn sblm nie die bercinta ngan pelakon perempuan tu ke??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails