Penyingkiran pertama Maharajalawak



Kumpulan Tersingkir!

Pertama kali dalam sejarah, Maharaja Lawak menyingkirkan 3 peserta dalam satu episod. Penyingkiran ini melibatkan 2 peringkat yang berbeza. 2 penyingkiran pertama dilakukan di awal rancangan dan satu lagi penyingkiran dilakukan selepas undian ditutup di akhir rancangan.

Kumpukan XN3 dan WAI menjadi 2 peserta terawal meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak apabila diumumkan sebagai 2 peserta yang mendapat tempat terbawah, manakala kumpulan R2 diumumkan tersingkir selepas undian ditutup.

Minggu ketiga Maharaja Lawak menyaksikan 10 peserta yang tinggal mempersembahkan jenaka bertema Komedi Muzikal. Tema yang mencabar ini dapat dilakukan dengan jayanya oleh sebahagian besar peserta hinggakan penonton di studio ketawa besar melihat persembahan mereka. Persembahan mereka telah diiringi oleh kumpulan muzik yang diketuai oleh Shah Slam.

Berikut adalah kedudukan mengikut undian SMS dan markah juri:
1. Nabil - 56%
2. Jozan - 55%
3. Sepah - 51%
4. Man - 48%
5. Jambu - 45%
6. Alex - 44%
7. Balas - 32%
8. Amir - 32%
9. Jihan - 32%
10. R2 - 25%

Kini tinggal 9 peserta Maharaja Lawak yang masih kekal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah. Saksikan Maharaja Lawak, 9 malam, eksklusif di Astro Warna (132).




klau berkenan klik2 la yea..

14 comments:

e.l.i.z.@ said...

x langgan astro warna tp k.eli tgk kt youtube je hihihi...nabil mmg kelakar gila last week..jozan pun..sepah pun hihihi..balas k.eli belum tgk lg..nnt nk kena tgk ni

Cute MuM said...

tak dpt nak tengok minggu tue.. sebab keluar minum dengan family.. tak sabar nak tengok ulangan.. diorang kata best jugak minggu tue..

mummysyafie said...

tak ikut sangat maharaja lawak ni. oh..ada kejutan gak macam Af ke tiz week

♥MiZz-siHa♥ said...

k.eli : tgk kat u tube pon bleh k.eli...hsbnd kt klau xsmpt tgk pon die layan utube jgk..

♥MiZz-siHa♥ said...

cute mum : xpe..ade bnyk kali ulangan...hehehebleh tgk nnt..minggu nie muzikal..best gak

♥MiZz-siHa♥ said...

mummyshafie : try la tgk..lawak diorng nie...tu la..tgk2 ade kejutan plak..

Jiejah @ Iza said...

salam singgah ..super kiut anak² u .

eB ezrin said...

singgah & polo u back...
kami x leh tgk dh... sbb dh tukar channel... mls nk tambah pe2..budget ;p
polo balik dh :)

AdanyaKauUntukku said...

salam ziarah juga..thanks sbb dropping by at my blog ya

-Nureen- said...

x sempat nk tgk
minggu bila ntah ada tgk yg ulangan jek
pastu tetiba aik.. ado plak kakak nureen kena interbiew tanyer sape yg bakal juara.. dia mmg penyokong setia nabil so jwpnyerr nabil la..
mmg nabil ramei peminit dr dolu lg kan... hehhee

♥MiZz-siHa♥ said...

iza : tq yea singgah..
tq yea iza..

♥MiZz-siHa♥ said...

ezrin : xpe..nnt lame2 mesti ade kat astro prima or ria gak kan...budget tu penting..hehe

♥MiZz-siHa♥ said...

AdanyaKauUntukku : tq back follow n singgah cni..

♥MiZz-siHa♥ said...

nureen : nabil mmg rmai penyokong kan..lawak die pon best..
xpe2..mmg bnyk kali ulangan die..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails