Nur Kasih the movie

Mesti ramai yang menunggu kemunculan filem nie kan..tunggu 19 Mei nie..
Berbalik pada Drama Nur Kasih yang di bintangi oleh pelakon-pelakon yang tidak perlu lagi di perkenalkan, kerana sudah semestinya penonton di luar sana sudah tahu bukan, manakan tidak Drama tersebut mempunyai jumlah penonton mencecah lebih 4 juta. Woww.. ramai bukan. Drama yang memang tidak asing lagi bagi peminat drama yang membatu di hadapan kaca TV setiap Jumaat jam 9 malam pada tahun 2009 yang lalu.

Di perakhiran drama, setelah Adam berjaya mendapatkan cinta murni Nur Amina, setelah Aidil mendapat kepercayaan Aliya dan setelah Sarah benar-benar insaf, maka apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta? Nur Kasih The Movie ini kesinambungan dari Drama Nur kasih, Arahan Kabir Bhatia ini semestinya akan menjadi buah mulut orang dan saat tayangannya sememangnya di tunggu oleh peminat drama ini.

Sinopsis Nur Kasih The Movie :

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.

Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Gambar Nur Kasih The Movie :

Tiz Zaqyah (Nur Amina)
Tiz Zaqyah (Nur Amina)

Nur Amina Dan Adam



ilyas (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam (Mia Sara Nasuha)


Adam (Remy Ishak) Aidil (Fizz Fairuz)
Pengambaran perkebumian Alia
Maryam tidur di samping Ibu Saudaranya Nur Amina


p/s : mommy ade lagi satu tiket free dr nuffnang...tp,due date sampai 15Mei je..nak ajak abah tgk cite ape eah..


klau berkenan klik2 la yea..

3 comments:

mummysyafie said...

tak sabar nak tunggu cite ni. agak2 nya box office tak?

♥MiZz-siHa♥ said...

tu la..mesti rmai gak yg tunggu kan..

AdanyaKauUntukku said...

teringin nak pegi sini..
tapi lom berkesempatanlagik

ntah bila cinta hati saya nak pelawa ke sana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails