"BABY CRYING CONTEST"

1 pengomen

lamenye xjoin contest...nak msk contest lg ari nie..tajuk contest "Baby Crying Contest"
Contest nie di anjurkan oleh kak pah..tuan punye BLOG ini
adiah die menarik tau...nie syarat2 nye..

Syarat peraduan:

1. Jadi follower Auladjannah
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.
3. Letakkan link kakpah di blog anda.
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.
DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Hadiah utama
RM 50.00

5 hadiah saguhati
top up RM10.00 setiap satu


Berita tambahan

Setiap pemenang akan mendapat sebuah buku
BACALAH AULAD
seperti yang dipaparkan. Buku ini adalah
hasil tangan kakpah dan anak.
InsyaAllah boleh membantu anak
anda cepat membaca.


gambar yg amie nak pertaruhkan...
*
*
*
*
*
Name :Afham Syahmi Bin Afzam Muzafar
Umur : 1months
Umur Sekarang : 4++months

Pic nie mase amie berumur 1bulan(dlm pantang lg mase nie).,tinggal berdua ngan amie..time nie amie nangis nak susu...klau nak susu mmg die nangis wat teruk skit kadang2...benda lain ssh nak tgk die nangis..tapi klau nak susu je die senang nak nagis...siap2 terangkat2 kaki nye...


7. Tarikh tutup contest adalah 28 February 2010.


yeah done!

"Noodles Station"

2 pengomen

1st time try noodles station..:makan: ptg rabu from Melaka direct to SACC mall..tujuan n niatnye nak mencari sweater amie..survey2 kat PONEY..cantek,xde size plak...survey kat Anakku..ade size,mommy die plak yg x berkenanla(siapa yg nak pkai ntah)...kat butik2 baby lain semua xde...but for baby girl mcm2 design sweater ade..cantek2..xpe..xpe..tunngggggu...(lmbt lg pon)

blk pd noodles station...xtau knape..bnyk2 restoran ktorng leh msk noodles station..dgn niat nak try food n restaurant yg lain la..asyik McD,Pizza,SecreT Recepi,PaK Li,Old Town je kan(lgpun hubby xnak mkn nasi,kt mlk dah bnyk mkn ms kat mlk)...dah MOL nye suke masak..nak wat cam ne kan...hahahahaah
dah msk ktorng pu order je la..not bad la..blh try pd sesiapa yg penggemar noodles..:48:

Wantan Noodle
With BBQ Honey Whole Leg Chicken for mommy + chocolate iced balnded

Caramel Coffee Iced Blended for abah

Curry Wantan Noodle With Prawn & Fish Ball for abah


nota kaki:lusa cnt cari sweater amie kat eon bkt tinggi

"Aqiqah dan Cukur Jambul"

2 pengomen
 
lhamdulillah....
Kenduri aqiqah dan cukur jambul amie dah pun slesai...dah hmpir seminggu settle pun,aku je br nak n3 kan??
Bkn ape..hari2 rase padat je..nak update pun xsempat...semua nye berjalan dgn lancar seperti yg dirancang...thanks kpd tetamu yg hadir...
jom layazzz sepanjang majlis..
menu semua masak sndr okey...(dah nenek amie ade cathering,mesti la msk sndr kan)klau kawen aku jemputan pun hmpir 4000 tetamu leh msk sndr,xkan kndr amie yg kecik nie xleh kan??(sape2 yg nak order cathering leh contact aku..dah berbelas taun mak aku wat cathering nie tau!masyuk!!)ceh!sempat promote ekh....

Menu
Nasi Beriani
Nasi Putih
Kambing Kari(2 ekor kambing Australia)
Ayam Rendang
Daging Asam Pedas
Itik Lemak Cili Padi
Ikan Masin
Ulam-ulaman
Limau Jeruk+Cili Padi+Bawang
Bee Hoon Goreng
Acar
Kek Coklat+Marble
Muffin Homemade by nenek amie(ibu aku la)
Kuih Acar Berlauk
Buah Mandarin(sempana chinese new year)sebenarnye kawan2 ayah aku yg bg..bnyk betol kat umah aku..berkotak2..so sedekah je la xyah beli lg dah)
Air Sunquick

Berkat(bahasa jawa) utk tetamu
Nasi Beriani+Kambing Kari
Goodies Bag
Bunga Telor+Kerepek Ubi+Kek+Dodol+Jelly+Gula2


Dah tau menu..layazzz gambar plak okey...

 my happy family

amie ngan mommy

amie ngan abah

lauk2 hidangan

 
gunting,sikat,beras kuning...
note:ade orng terselit angpow orng sedekah..
(amie dpt duit salam hmpir 1k tau ari tue)rezeki..rezeki anak mommy
tq semua


kelapa..


amie n atok bergambo ngan kambing sebelum di aqiqahkan..
(tumbang 2 ekor kambing Australia seekor RM7++)


nota kaki:nnt kan lebih bnyk gambr lg..

"Aqiqah"

0 pengomen

nape n3 kali ni pasal aqiqah??
jawapannye...aku baru saje slesai aqiqah kan amie....
kenduri aqiqah dibuat dgn meriahnye di Melaka....tanah kelahiran amie jgk..heh...
u olls tau x mksd aqiqah??layan je fakta nie ok...

BADAH AQIQAH

PENGERTIAN AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 

HUKUM MELAKUKAN AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

 WAKTU PELAKSANAAN AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama.”
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 

 PERKARA SUNAT SEMASA AQIQAH
·         Berdoa semasa hendak menyembelih
·         Menyembelih ketika matahari sedang naik.
·         Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
·         Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
·         Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
·         Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
·         Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
·         Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
·         Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 
·         Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
·         Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 
·         Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
·         Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
·         Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
·         Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.


HIKMAH ‘AQIQAH
Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
1.    Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
2.    Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
3.    Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
4.    Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
5.    Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

 PERBEZAAN ANTARA AQIQAH DAN KORBAN
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:
·        Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
·        Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
·        Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
·        Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

nota kaki :nnt kan n3 seterusnye sepanjang aqiqah syahmi 

 amie n atok wit salah satu kambing aqiqahnye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails