Buat pertama kalinya musim ini, dua pelajar iaitu Adira dan Iwan menerima 3 lampu hijau dari semua pengkritik pada konsert ketujuh Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8) yang berlangsung dari dari Dewan Seri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi. Adira tampil dengan lagu asal nyanyian Rossa, Ayat-Ayat Cinta dan pengkritik tetap Adlin Aman Ramlie secara telus menyatakan Adira adalah pelajar 'favourite'nya dan berharap beliau menjadi juara. Persembahan Adira yang turut diiringi pemain biola jemputan kelihatan elegan dan nampak serasi tanpa rasa kekok, begitulah komen dari Aznil dan pengkritik jemputan Lah Ahmad berharap Adira dapat serlahkan lagi kekuatan yang dan buatkan lagu itu seperti kepunyaanya.
Persembahan Iwan dengan lagu Warisan Wanita Terakhir dari Teacher's Pet berjaya menghiburkan Adlin secara keseluruhannya kecuali masalah pada nada rendah. Persona beliau ketika menyampaikan lagu ini juga turut menarik perhatian Lah dan Aznil kecuali Aznil turut menambah yang Iwan pandai bermain dengan kamera tetapi tidak pandai bermain dengan mikrofon.
Farina memulakan persembahan dengan lagu Jika Kau Ubah Fikiran (MIla) secara bertenaga. Walaupun masih mengambil langkah selamat, keberanian untuk turun pentas menuju ke audiens harus dipuji kata Adlin. Tenaga Farina kemudian diambil alih Daus untuk lagu New Divide (Linkin Park). Rancak dan bertenaga tetapi melodi, pitching dan sebutan Inggeris harus dijaga adalah komen dari Lah untuk persembahan Daus.
Shahir tampil dengan imej 'rock kapak', bersesuaian dengan lagunya Tiara (Kris) tetapi malang baginya kerana walaupun menyampaikan lagu dengan baik, tetapi natijah akibat membuat persembahan selepas pelajar lain muncul dengan persembahan hebat menjadikan Shahir kelihatan kurang menyerlah menurut Aznil.
Semalam dari Sean Ghazi adalah tugasan Maulana untuk minggu ini dan Lah terhibur dengan persembahan beliau cuma berharap Maulana akan lebih versatile agar dapat bersaing dengan penyanyi lain di luar nanti. Ain pula masih tercari-cari faktor 'Woww' untuk persembahan beliau walaupun lagu Seindah Biasa (Dato' Siti Nurhaliza) disampaikan beliau dengan gaya tersendiri tanpa terikut gaya Dato' Siti.
Secara keseluruhan konsert malam ini boleh dikatakan baik kerana tiada pelajar dikritik teruk kecuali beberapa masalah kecil yang boleh diperbaiki untuk menghasilkan penghibur berkualiti.
nota kaki : sumber dari murai.com
Tweet

No comments:
Post a Comment