"Konsert Double Trouble"

 Double Trouble
 
Penangan Wings dan Search ternyata memang luar biasa sekali! Selepas 17 tahun digabungkan semula dalam konsert Double Trouble 2010, gergasi rock lagenda tempatan ini masih tidak hilang bisanya.
  Buktinya lebih 18,000 fans Wings dan Search telah menunjukkan sokongan padu mereka yang di luar jangkaan dengan membanjiri Arena Tertutup. Bukit Equestrian, Mont Kiara, malam tadi.
Arena Tertutup yang cukup-cukup boleh memuatkan 18,000 penonton itu bukan saja kelihatan begitu sesak, padat dan sendat, malah ia juga tidak mampu menampung segelintir lagi fans yang masih lagi sibuk memenuhi ruang tempat itu pada saat-saat yang terakhir.
Malah, sebilangan fans Wings dan Search yang lain yang masih berkumpul di luar pagar pula terpaksa gigit jari dan kecewa apabila tidak berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert malam penuh bersejarah anjuran Adept Sdn Bhd tersebut.
Ini kerana tiket konsert Double Trouble 2010 telah pun habis dijual!

Begitulah luar biasanya penangan Wings dan Search. Tak hairanlah jalan masuk menghala ke Mont Kiara penuh sesak dengan deretan kereta yang berbaris panjang. Begitu juga dengan jalan keluar menghala ke Kuala Lumpur.

Tepat jam 9 malam, Search dan Wings yang disatukan bersama di atas pentas memulakan persembahan opening mereka dengan lagu yang cukup signifikan di dalam album Double Trouble 1, Gemuruh.
Search dan Wings kemudian bersilih ganti tampil mempersembahkan lagu hits mereka. Antaranya ialah seperti Akhirnya, Seribu Satu Natijah (Kerana Dia) , Isabella, Gema Di Inderaloka, Mabuk Tujuh Lautan, Sejati, Opera Hidup dan Alam Barzakh serta Ikutkan Saja.



nota kaki:sumber dari murai.com dan manggaonline

2 comments:

LYaFRINA said...

rock dulu2 mmg best!!!

♥MiZz-siHa♥ said...

a'ar btl tu...xkira la rock ape..rock kapak ke,rock leleh ke..semua best..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails