"AFMASUK Tertinggi, Shahir Kembali Ke AF8"

 

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2010: Seperti yang dijangka, pelajar 'favourite' AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.
Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).
Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.
Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.
Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.



sumber dari Murai

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails