Akhirnya selepas berjuang selama 6 minggu dalam Akademi Fantasia 8 (AF8), Nad atau nama sebenarnya Nadia Emilia Roselan, 22, terpaksa akur dengan keputusan AFUNDI SMS yang tidak berpihak kepadanya sebentar tadi.
Beliau yang mendendangkan lagu Jikalau Aku nyanyian asal Ezlynn dalam konsert ke-6 semalam diumumkan penyingkirannya oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).
Debaran AF dimulakan dengan lagu tradisi, Menuju Puncak oleh semua pelajar dan disusuli dengan lagu Perpisahan Terasing nyanyian asal KRU.
Selain Nad, nama-nama lain yang turut berada di bawah sebelum undian ditutup adalah Maulana, Daus, Ain dan Iwan.
Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 7 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.
nota kaki:mmg xbest pon suara Nad nie...
Tweet
No comments:
Post a Comment