Kadar Kenaikan Elektrik~~Tiada Kenaikan Guna 300kWj




PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.
Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penyelarasan yang berkuat kuasa 1 Jun itu dilakukan selari dengan penyemakan semula harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjung yang berkuat kuasa pada tarikh sama.
Menurut beliau, kerajaan menjangkakan kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan minimum kepada kadar inflasi iaitu sebanyak 0.27 peratus.
Katanya, pihak yang menggunakan antara 301 hingga 1,000 kWj sebulan atau 23.5 peratus pengguna domestik pula mengalami kenaikan bil elektrik antara RM0.07 hingga RM30.30.
“Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200 kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 6.2 peratus atau RM4.60 sebulan.
“Pengguna industri voltan rendah termasuk pengusaha memproses makanan kecil-kecilan pula mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 6.2 peratus atau RM4,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, tarif industri khas yang ditawarkan kepada sektor industri yang perbelanjaan bil elektrik mereka melebihi lima peratus daripada kos operasi masih dikekalkan.
“Sektor industri yang layak akan terus menikmati kadar tarif yang rendah walaupun jurang perbezaannya dengan kadar industri biasa akan dikurangkan secara berperingkat selari dengan dasar kerajaan yang menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap.
“Kerajaan akan memperkenalkan insentif tertentu dalam tempoh terdekat untuk menggalakkan pengguna membeli peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya.
Berikut merupakan maklumat penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan Peter Chin hari ini, iaitu:
* Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.
* Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.
* Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.
* Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.
* Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.
* Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.



p/s : mcmnie harus la berjimat cermat menggunakan penggunaan elektrik.Purata bil elektrik di rumah pon RM100++...mcmana nak jadikan RM77 nie,dgn aircond,water heater..boleh ke??kepada pengguna yg penggunaan kurang dari RM77 sebulan,tiada kenaikan di kenakan.Dan kepada pengguna yg di bawah RM20,bayaran adalah percuma sehingga 31 Dis ini.Ade sesiapa yg ade tips ke cara nak kurangkan penggunaan elektrik nie??







klau berkenan klik2 la yea..

11 comments:

Scha406 said...

Bill umah Sha mmg rendah...x pakai byk....psl kite keje kn, balik tgk tv pn kejap je...bill x jln sgt...okla hidup berdua, masih boleh bjimat...

tp klu betul nk jimat terus, toksah balik umah dah...duk umah org...so bill org tu yg akan byk kn...ehehe..gurau gurau

kurus said...

tahniah .. dlm sibuk2 tuu terhasil juga blog baru nie .. cayuk2 ..

PinKy MoMMa said...

tu lar bulan lepas dah la 168 hukhukhuk pengsannn~
kalau naik lagi hohhhh kena la off air cond tu..

Unknown said...

huuu...naik lagi. tak der ker cadangan nak menurunkan pulak tarif lektirk..huhuhu

err..cuba beli alat penjimat tenaga elektrik..dah byk dijual skrg ni cuma harganya agak mahal sikit tapi berbaloi utk jangka masa panjang

Daddylicious said...

naik macam mana pun tak kisah...kena bayar bil juga...

eB said...

eB dh la pakai bykm letrik camno? huwaaaaaaaaaaaa

Dhea Ahmad said...

pakat pakai pelita minyak tanah semula....huhuhu

NM02 said...

bil umh ai tak lebih dari 30 hengget sebab kami berdua je kat umh. mlm ai akan pasang lampu dapo saje, tgk tv dalam bilik dan kipas. bila betul2 nak tido baru pasang ekon set 3 jam. lepas tu bukak kipas balik. kain ai basuh dua kali je seminggu, gosok baju setiap khamis utk baju minggu depan, sekali gosok terus utk 5 hari, baju ai dan suami sekali gus.

~izan~ said...

tu ler..bil rumah izan pun ratus2.camner nk bg puluh2..hukhukhuk

mummysyafie said...

terpaksa la benti pakai ekon nampak gaya nya. tapi skrg cuaca panas bebenor..

Iela Fazielah said...

bil letrik rmh ila mmg xlebih rm 60 sebulan... w/pun dah dok rmh beso 2 tingkat lg...
ila cuba bg tips skit.. kot betul la ape yg kami amalkan.. bukak lampu ditempat yg kita berada je.. kalau dok bilik, bilik je on dgn kipas... pastu tutup semua suiz termasuk tv, heater, aircond lepas guna, jgn biar dlm stadby mode.. sbb letrik still jalan...basuh kain seminggu 3 kali je n sebelah mlm sbb mlm bil jaln slow...

cubalah...
kat rmh ila pun pakai water heater, peti sejuk kapasiti beso lg n mesin bsh pun sama, aircond on jam 9 ke atas tp off pakai timer jam 2pg.. skrg dah pakai autogate lg..cubalah kot jadi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails