Cuti Tambahan Untuk Hari Raya dan Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.


Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan.


Mohd Sidek berkata satu hari kelepasan am tambahan ini bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.



p/s : ofis bg ct lg...cuti panjang lg la raya thn nie.


klau berkenan klik2 la yea..

6 comments:

Suliana said...

wow.. bestnya.. sukeee :-)

AdanyaKauUntukku said...

bestnya coti panjang..tak yah dah apply coti

kurus said...

huyey ! baju x buat layieeeeeeeeeeee uhuhuhu

mummysyafie said...

mudah2an betul..boleh blk lama sikit tiz year. kalau harapkan cuti sekolah seminggu je

chia-chia fashion. said...

bagusss..lama cuti, bole beraya sakan..:D

eB said...

yeay yeay cuti :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails