"Giliran Anne Ngasri-Wafi Pula Bercerai!"

Lagi Kes Artis Bercerai, Kali Ini Giliran Anne Ngasri Atau Nama Sebenar Nasriah Ngasri, 26, Dan Suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29. Pasangan Ini Sekarang Masih Diambang Penceraian Dan Hanya Menantikan Keputusan Mahkamah Tidak Lama Lagi.. Adoiyai.. Apa Boleh Buat.. Dah Jodoh Tak Panjang, Redha Je La.. 


Mereka Yang Telah Berumah-tangga Hampir 5 Tahun Dan Di Kurniakan 2 Cahaya Mata Akhirnya Terpaksa Akur Dengan Apa Yang Dilalui Mereka Selama Ini.. Punca Sebenar Penceraian Masih Belum Di Ketahui Dan Anne Juga Enggan Mengulas Lebih Lanjut Apabila Ditanyakan Mengenai Perkara Ini, Dan Menyerahkan Kepada Mahkamah Untuk Membuat Keputusan.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan. 


 
sumber dari HMetro





nota kaki : minta la dijauhkan...Ya Allah pelihara la rumahtangga kami hingga ke akhir hayat..amin..




 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails