"Love is you and me Contest"

1 pengomen
Nak join contest lg...kali nie anjuran oleh Habibah&Anas sempena 2nd anniversary mereka pd 04.04.10 dan birthday En.Anas pd 16.04.10....Happy Belated Birthday n Anniversary to u all..
nak tau keterangan atau syarat yg lebih lanjut,bleh layari blog Puan Beba nie...

Puan Beba nie orng semenanjung tp mengikut En.Anas menetap kat Sabah.Mempunyai blog utk barangan2 aksesori dari Sabah.Sangat cantek2 okey..klau tgk mesti berkenan punye la!!
Boleh tgk KAT SINI utk pilih2 mn yg suke.. Sabah Accessories nie menawarkan pelbagai aksesori Sabah yg sukar kita dapati di semenanjung..so,klau berminat leh la dptkan khidmat Puan Bibah nie..


"Love is you and me Contest"

dan gambar yg nak di tempek di contest ni sebagai pertaruhan



taraa....


Loving Couple gitu!



siap dah!





"Contest Mai Secawan"

2 pengomen
Lame dah rasenye x join contest...contest kali nie dianjurakan oleh Fiza sempena ulang tahun pertama blog beliau and Manan(suaminye)..
jom kite tgk ape syarat2 dan hadiah  utk "Mai Secawan" tgk  kat CNI

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang

Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan

Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita

Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi

Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga

Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :


  • Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
  • Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
  • Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
  • Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
  • Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
  • Halban (IMUNITI).
  • Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Actually,ibu siha mmg ahli HPA..coz  mmg penggemar Kopi Radix nie juga and barangan lain...siha pon pernah gn minyak but-but from HPA...mmg suke..nak tau lebih lanjut tentang HPA nie blh la lawat-lawat blog Mrs.Fiza nie... 





"Giliran Anne Ngasri-Wafi Pula Bercerai!"

0 pengomen
Lagi Kes Artis Bercerai, Kali Ini Giliran Anne Ngasri Atau Nama Sebenar Nasriah Ngasri, 26, Dan Suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29. Pasangan Ini Sekarang Masih Diambang Penceraian Dan Hanya Menantikan Keputusan Mahkamah Tidak Lama Lagi.. Adoiyai.. Apa Boleh Buat.. Dah Jodoh Tak Panjang, Redha Je La.. 


Mereka Yang Telah Berumah-tangga Hampir 5 Tahun Dan Di Kurniakan 2 Cahaya Mata Akhirnya Terpaksa Akur Dengan Apa Yang Dilalui Mereka Selama Ini.. Punca Sebenar Penceraian Masih Belum Di Ketahui Dan Anne Juga Enggan Mengulas Lebih Lanjut Apabila Ditanyakan Mengenai Perkara Ini, Dan Menyerahkan Kepada Mahkamah Untuk Membuat Keputusan.

“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.


Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan. 


 
sumber dari HMetro





nota kaki : minta la dijauhkan...Ya Allah pelihara la rumahtangga kami hingga ke akhir hayat..amin..




 

"Keputusan Lafaz Cerai Sha'arin-Ida 1 Julai "

0 pengomen

Kes penceraian ida telah di tetap kan...kesian kak ida nerina...sama2 la kite mendoakan kesihatan beliau...



  Ida Narina tampil di mahkamah bagi mendengar keputusan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerainya dengan bekas pemuzik Blackrose, Sha'arin Mohd Razali



 KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 1 Julai ini untuk membuat keputusan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai pelakon terkenal, Ida Nerina dan suaminya, bekas pemuzik Blackrose, Sha'arin Mohd Razali.
Hakim Mohd Yunus Mohamad Zin turut mengarahkan pihak plaintif (Sha'arin) dan defendan (Ida) untuk mengemukakan penggulungan hujah pada 21 Mei dan 21 Jun ini.
Pasangan itu hadir di mahkamah semalam. Ida menggunakan kerusi roda sambil ditemani saudara-mara serta artis kenalan seperti Atilia dan Susan Lancaster.
Dalam prosiding semalam, mahkamah meminta pihak plaintif membuat pindaan terhadap hujahan awalnya ekoran fakta baru yang ditimbulkan Sha'arin.
Semasa menjawab soalan peguam, Akbarden Abdul Kader yang mewakili Ida, plaintif memberitahu bahawa dia melafazkan cerai dalam bahasa Malaysia dan diikuti bahasa Inggeris.
Lafaz cerai itu berbunyi, "Baiklah, saya ceraikan kamu" dan "Okay, I'll divorce you".
Sebelum ini, Sha'arin dalam pengakuan bersumpahnya berkata, dia hanya melafazkan cerai dalam bahasa Malaysia.
Ekoran itu, Mohd Yunus mengarahkan peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Sha'arin membuat pindaan terhadap fakta kes.
Jelas beliau, ini kerana fakta baru itu mempengaruhi bilangan talak yang dijatuhkan.
Pada 12 Oktober tahun lalu, Sha'arin memfailkan permohonan pengesahan cerai selepas mendakwa pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada September lalu.
Kedua-dua mereka berkahwin pada 2 Jun2006.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails